Rabu, 12 Ogos 2009

Isnin, 10 Ogos 2009

Selamat datang!Assalamulaikum dan salam sejahtera di ucapkan kepada semua pelawat-pelawat blog kami.Diharap anda berpuas hati dengan hasil kerja kami dan jika terdapat sebarang cadangan atau komen,dipersilakan untuk memberikan cadangan atau komen.
Terima kasih terutamanya sekali kami ucapkan kepada guru Pendidikan Sivik kami iaitu cikgu Hanis kerana memberi peluang kepada kami untuk menyiapkan blog.Kumpulan kami ini terdiri daripada Norsahidayu,Lydiana,Debbie,Deannie,Alcie,Arddy dan Olysen telah bekerjasama menyiapkan blog ini.Pelbagai cara yang telah digunakan bagi mendapatkan maklumat tentang blog kami ini.Blog kami ini bertajuk "Menjana Pembangunan Negara".
Menjana pembangunan negara bermaksud segala usaha yang dilakukan secara bersungguh-sungguh, terancang dan menyeluruh untuk memastikan kesejahteraan penduduk dan kemakmuran negara tercapai.Hal ini bermakna pembangunan yang dirancang perlu mencakupi pelbagai aspek termasuk politik,ekonomi dan sosial.Walau bagaimanapun ketiga-tiga faktor ini saling berkait dan mempengaruhi antara satu sama lain.
Sesebuah negara tidak akan membangun dan maju seandainya berada dalam keadaan huru-hara dan keadaan politiknya tidak stabil.Krisis dan konflik kaum dan etnik di Iraq dan Sudan ialah contoh yang jelas.Dalam keadaan seperti ini,pemerintah terpaksa memberi tumpuan kepada aspek-aspek keselamatan dan perpaduan pendudukKeadaan politik yang tidak stabil juga akan menjadikan negara berada dalam suatu persimpangan yang tidak menentu masa depannya.Pelabur-pelabur luar akan tertanya-tanya tentang golongan manakah yang akan berkuasa dan apakah dasar luar negara sekiranya pemerintahan bertukar tangan? Sekiranya pemerintahan sering bertukar tangan sudah tentu dasar dalam negara dan luar negara akan turut berubah.Hal inilah yang akan ditakuti oleh pelabur asing.Mereka akan menarik keluar pelaburan mereka untuk melabur di negara yang diyakini kestabilan politiknya.Seandainya perkara sedemikian berlaku,ekonomi negara akan turut terjejas.
Matlamat pembangunan negara tidak akan terlaksana jika keamanan negara tidak akan terjamin.Kehidupan yang harmoni dalam kalangan rakyat bukan sahaja menjamin keselesaan bahkan berjaya menarik dan meyakinkan pelabur asing untuk terus melabur di Malaysia.Perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum juga perlu dipupuk dan dipertahankan.Perpaduan hanya wujud melalui permuafakatan,keikhlasan,tolak-ansur dan hormat-menghormati tanpa prejudis antara satu sama lain.
Faktor ekonomi juga amat penting bagi menjana pembangunan sesebuah negara.Selain pengurusan sumber asli kekayaan negara(minyak,logam dan hasil perhutanan)yang baik dan berkesan,kita juga perlu memastikan pertumbuhan ekonomi dirancang dengan rapi supaya dapat bersaing dengan negara-negara maju yang lain.Malaysia perlu melonjakkan kemampuan dan berubah daripada menjadi negara pengguna kepada negara pengeluar.Untuk itu,kita perlu memiliki dan menguasai pelbagai teknologi moden termasuk teknologi maklumat dan komunikasi.Sektor ekonomi yang perlu dibangun dan dimajukan termasuk sektor pembuatan,pertanian dan perkhidmatan.Kita perlu mempelbagaikan pengeluaran negara bagi mengurangkan kesan kegawatan ekonomi dunia.Penyelidikan dan pembangunan dalam sektor perindustrian dan pertanian hendaklah dilaksanakan secara berterusan bagi meningkatkan kualiti dan produktiviti.Dengan ini kita mampu berdaya saing dengan produk luar negara.Dalam konteks ini kerajaan perlu menyediakan kemudahan dan kelengkapan infrastruktur serta memberi pelbagai intensif kepada kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan bagi memacu pembangunan ekonomi negara.
Aspek sosial khususnya pendidikan dan pembangunan modal insan merupakan satu aspek yang amat penting dalam menjana pembangunan negara.Pendidikan dan ilmu pengetahuan serta kemahiran yang berasaskan sains dan teknologi perlu diberi keutamaan dan menjadi agenda utama dalam kurikulum pendidikan di negara kita.
Sumber manusia yang berkualiti,berwibawa dan cemerlang mampu menjana pembangunan negara.Bagi memastikan tenaga kerja yang dibekalkan dalam pasaran pekerjaan berkualiti dan memenuhi kehendak majikan,peluang menuntut ilmu perlu diperluas.Selain memperbanyakkan bilangan institusi pengajian tinggi,bilangan kolej komuniti dan pusat latihan kemahiran perlu ditambah.Kemudahan bagi pekerja melanjutkan pelajaran perlu diberi kelonggaran dan pembelajaran sepanjang hayat hendaklah dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.Institusi pengajian tinggi perlu menjadi tempat pelajar membina minda dan intelektualisme serta mengembangkan bakat inovasi dan kreativiti.
Usaha-usaha yang dirancang perlu mendapat kerjasama dan penggemblengan tenaga serta sokongan semua pihak bagi memastikan kejayaan dalam setiap pelaksanaan perancangan.Hasrat untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020 hanya boleh menjadi realiti sekiranya segala cabaran dapat ditangani secara berkesan.